NADI X Cybersecurity-Webinar On Demand- “Cara Menjaga Keselamatan CCTV & Wifi Rumah Dari Digodam”

14 April 2026 | Aktiviti Terkini

Pada 13 April 2026, bermula pukul 9.30 pagi, 2 orang peserta NADI Pekan Machan telah mengikuti program NADI X Cybersecurity iaitu Webinar On Demand yang bertajuk “Cara Menjaga Keselamatan CCTV & Wifi Rumah Dari Digodam”.

Webinar ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran pengguna tentang risiko keselamatan siber dalam penggunaan peranti rumah pintar seperti CCTV dan rangkaian wifi. Webinar ini juga bertujuan memberi pendedahan tentang langkah-langkah perlindungan yang betul seperti penggunaan kata laluan yang kuat, kemaskini sistem secara berkala, serta cara mengesan aktiviti mencurigkan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali